Ziarah

Pengembaraan mencari realiti hidup saudara Islam di garisan krisis

Friday, October 13, 2006

The End of the Journey
Yogyakarta
Kemusnahan di mana mana - Wan Kamarudin di kampung Karang Mojo

Menunggu untuk berbuka puasa di Bunderan Universitas Gadjah Madah Yogyakarta


Ziarah - Yogyakarta (The Ending)



Gedung Keuangan Yogyakarta - musnah teruk

Saturday, September 23, 2006

Team FM Production dengan Team Publisiti & Corporate Comm Astro

Cenderahati dari Uzbekistan untuk Khai

Firdaus Maju Sdn Bhd - HIDUP FM!!!


Tiga Producer Ziarah (dari kiri) Muhaimi (Asia Barat), Paullina (Asia Selatan & Asia Tenggara) & Fazlan (Asia Tengah)


Friday, September 22, 2006

Orang Kuat Astro Ria - Akmal (kiri) & Manzee (kanan)

Master Mind - Zainal Rashid Ahmad (ZRA)

Big Boss @ Ria - Khai

Wan Kamarudin Wan Ibrahim @ Kamarudin (nick name diluar negara)
Dang Suria Zainurdin @ Suria

Serasi bersama "Wan Kamarudin & Dang Suria" Host Ziarah

Syukur. Berkat rahmatNya, Ziarah sudah hampir 80% siap. Dan Rabu lalu, di Mines Spa & Beach Resort, berlangsunglah Majlis Pelancaran dan Sidang Akhbar Ziarah.

25 September ni akan bermulalah Ziarah menemui penonton semua.

Semoga paparan Ziarah dapat memberi kita rasa keinsafan untuk sama sama menjaga keamanan yang kita miliki di Malaysia.

Selamat Berpuasa. Semoga Ramadan memberkati hidup kita.

Penerbit.

Thursday, September 14, 2006

The Crew - Ziarah jelajah Asia Tengah dihadapan makam Imam Al Bukhari di Bukhara Uzbekistan


Moderator berkuda & berkeldai ...


Catur ...

Alhamdulillah sekali lagi kami semua selamat kembali dari ziarah kami ke Asia Tengah. Juga terima kasih kepada anda semua yang tidak jemu-jemu doakan keselamatan kami semua.

Sebelum berlepas saya menjangka cabaran ziarah ke Asia Tengah tidak sehebat dua ziarah kami sebelum ini.

Bagaimanapun, jangkaan saya kurang tepat kerana ziarah di Asia Tengah nyata mencabar fizikal dan mental kami semua. Sebelum ini bila mendengar laporan rejim komunis Rusia memberi kemerdekaan kepada beberapa wilayah di bawah jajahannya, saya seperti anda semua merasa bangga umpama meraikan satu kemenangan lebih-lebih lagi beberapa wilayah tersebut berjaya dikuasai saudara kita. Ziarah ke Uzbekistan, Kazakhstan dan Kyrgystan amat melukakan apabila melihat hampir seluruh budaya dan amalan selama beratus tahun berjaya dihakis oleh cengkaman penjajahan rejim komunis Rusia yang bertapak hanya selama 74 tahun.

Seperti kata Pengarah Konsep...Zainal Rashid Ahmad... adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk membalas jasa ulamak Asia Tengah terdahulu untuk membetulkan segala kekufuran dan kesesatan aqidah kebanyakan saudara kita di sana. Ini kerana Islam yang kita anuti kini datangnya dari saudagar India Islam ke Melaka, dan syiar Islam sampai ke India pula apabila Empayar di Asia Tengah berkembang.

Saya dan krew Ziarah bukan alim mahupun ulamak namun kami tidak sanggup menanggung dosa sekiranya tidak memberitahu bahawa saudara kita di sana merayu agar ada pakar-pakar agama dari Malaysia untuk tampil membantu dan membimbing masyarakat Islam di sana yang jauh tersasar dari landasan sebenar. Dari tinjauan kami masih ada harapan untuk melihat cahaya Islam kembali bersinar gemilang di sana dengan bantuan dan bimbingan kita semua.

Insyallah Ziarah bakal menemui anda Ramadan ini.

Terima kasih dan jaga diri.

Wan Din.

Friday, August 25, 2006

The Crew - Ziarah 06 Jelajah Timur Tengah


Gua The Seven Sleepers, Al Raqim - Ahsalbuqafi



Melawat pelarian Lebanon di Homs, Syria




Salah satu jambatan di Lebanon yang dimusnahkan Israel






Kem Pelarian Palestine di Jordan



Ditengah keriuhan di pasar Damsyik

Lebanon : Derita perang dan populariti Hizbullah

4 Ogos lalu, kami memilih untuk berada di Timur Tengah untuk menyiapkan 5 episod program Ziarah yang akan disiarkan di Astro Ria sempena Ramadan tahun ini.

Ketika perancangan di buat, Lebanon masih stabil - hanya sesekali digegarkan berita letupan bom kereta.

Di Jordan, kami melawat kem pelarian Palestine yang terbesar, Muqayyam Baqaa di pinggir Amman - kem yang diduduki 70,000 pelarian daripada keseluruhan 3 juta rakyat Palestin yang melarikan diri ke negara itu.

Malah, dibumi paling aman di Timur Tengah ini, kami ditahan polis selama 5 jam. Kami ditahan dalam satu operasi yang cukup dramatik - dua kereta peronda dan sebuah kenderaan pacuan empat roda polis Jordan mengepung kenderaan kami ditengahjalan menuju ke Damsyik - Syria.

Kami diseret ke Balai Polis Zarqa - disoal-siasat oleh tiga unit polis yang berbeza - satu gambaran meningkatnya tahap berjaga jaga serta tekanan keselamatan yang dihadapi pihak berkuasa Jordan berikutan kekacauan di Lebanon.

Kami meneruskan perjalanan ke Damsyik, Syria. Matlamat utama ialah menjejak 200,000 pelarian Lebanon yang disahkan sudah menyeberangi sempadan Lebanon untuk mencari perlindungan.

Seringan menggila rejim Tel Aviv yang mengorbankan hampir 1000 nyawa termasuk lebih 300 kanak kanak, menimbulkan ketakutan pada penduduk awam di selatan hingga ke Beirut.

Pagi Isnin, awal pagi kami bergerak ke Homs, wilayah Syria. Di sini terdapat lebih 80,000 pelarian Lebanon menumpang hidup - dengan jarak kem pelarian sementara sektiar 500 meter hingga lapan kilometer dari sempadan Lebanon.

Kami pulang ke Damsyik, dan sempat singgah di Makam Khalid al Walid, panglima perang Islam yang terkenal pada zaman Rasulullah.

Barangkali, hanya seorang Khalid Al Walid sahaja yang mampu melangsaikan segala derta bangsa Palestin dan Lebanon.

Army base camp - sempadan Afghanistan-Pakistan di Torkham



Fort Bala Hissar - Frontier Corp, Peshawar, Pakistan


Kabul yang musnah

Thursday, August 24, 2006


Bamiyan musnah - The Standing Budha yang 'hilang'

Kanak Kanak Miskin Penjual Air

Afghanistan : Luka perang masih berdarah (ZRA)

Seminggu sebelum kami berangkat ke Afghansitan, Kabul dan Kandahar masih digeluti siri pengeboman kereta dan serangan pengebom berani mati.

Malah di Kabul, operasi bawah tanah saki-baki pejuang Taliban mula bertindak lebih ganas; kali ini menyasarkan serangan bom yang dipasang apda kenderaan di kawasan awam.

Pada 7 Julai, setelah dua hari berada di Peshawar bagi mendapatkan permit laluan dari Kementerian Dalam Negeri Pakistan untuk bergerak di Khyber Pass, kami tiba di Torkham; bandar sempadan yang memisahkan Pakistan dan Afghanistan.

Dua jam berkereta melalui Khyber Pass sendiri, satu cabaran hebat. Wilayah ini terkenal dengan amalan undang-undang puak, dan kini masih dikusai oleh lapan puak yang menolak sebarang campur tangan kerajaan Pakistan dalam kehidupan harian mereka.

Diiringi dua anggota polis yang lengkap bersenjata AK47, kami merentas Khyber Pass.

Satu jam 45 minit kemudian, kami berjaya melepasi sempadan.

Masuk saja ke Torkham di bahagian Afghanistan, hati terasa lega. Afghanistan yang diimpikan sudah diinjak. Cuma barisan pengemis kanak-kanak serta wajah mundur di sekitar pekan kecil tidak terurus ini memberikan pengajaran awal: Lebih banyak kedukaan akan ditemui.

Sukar membayangkan apa akan berlaku, dari Torkham kami akan bergerak ke Jalalabad - perjalanan satu setengah jam melalui simpang ke Tora Bora kira-kira 30 kilometer dari sempadan.

Tora Bora antara kubu kuat Taliban dan pernah diserang habis-habisan melalui udara oleh tentera Amerika Syarikat kerana mengesyaki kawasan pergunungan ini sebagai kubu persembunyian pemimpin Al-Qaeda, Osama Bin Laden.

Dua hari di Jalalabad, pada 9 Julai, kami sudah berada di tengah kota Kabul - dicelah celah bandar yang sudah musnah terik ini, kini tinggal lima juta rakyat Afghanistan; setelah bergelut selama 26 tahun mengharung derita perang - kini mereka terpaksa pula bertempur melawan kemiskinan.

Kabul di mata kami, dipenuhi terlalu banyak sisa runtuhan - 5 juta manusia penuh sesak dan sebahagian besar hidup di celah celah sisa runtuhan bangunan.

Di Kabul selain rakaman dengan fokus kebangkitan AFghanistan baru selepas berakhirnya era Perang Mujahidin, Perang Saudara dan Kejatuhan Taliban, kami turut menumpukan pada usaha mendapatkan rakaman suara hati nurani rakyat Afghanistan.

Dari kota Kabul, kami berangkat ke Bamiyan. Wilayah paling kontroversi pada era pemerintahan Taliban.

Di Bamiyan, lebih banyak kisah sedih. Kalau sebelum ini, dunia digemparkan oleh kemusnahan patung Budha berusia 2000 tahun akibat pengeboman Taliban - kami menerima kejutan lebih dahsyat dari itu.

Selain melawat sisa kuil Buddha yang kini dibaik pulih melalui biaya kerajaan Jepun dan Jerman, gua gua kecil tempat tersimpannya kira kira 120 patung Buddha kecil, sebenarnya ikut menyimpan sejarah kekejaman Taliban terhadap ethnik Hazara.

Bagi Taliban, puak Hazra yang bermahzab Syiah dianggap kafir.

Lebih 3000 etnik Hazara diserat ke gua gua sekitar kuil Bamiyan; dikurung beramai ramai dan diletupkan hidup hidup dengan menggunakan periuk api.

Perjalanan ke Afghanistan nyata memberi banyak pengajaran; malah merealisasikan cita cita kami untuk membuka langkah wartawan tempatan memasuki garisan krisis untuk menyediakan laporan bagi mengimbangi agenda media asing yang ajrang berlaku adil dalam penyebaran maklumat mereka.

Terima kasih Astro Ria, yang hanya memerlukan masa 30 minit untuk menerima cadangan kami, setelah tiga tahun kami gagal untuk mendapatkan kepercayaan tiga stesen televisyen tempatan untuk menjayakan program Ziarah.

Wednesday, August 23, 2006





Antara momen yang sempat dipotretkan ketika penggambaran Ziarah di Afghanistan.

boffopaidmail.com